Pages

Tuesday, March 12, 2013

Tips dan Petua untuk Ibu Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi menghasilkan secara puratanya sebanyak 700 hingga 800 mililiter susu setiap hari yang mengandungi kira-kira 300 miligram kalsium untuk setiap liter. Penghasilan susu badan ini memerlukan pengeluaran tenaga tambahan sebanyak 500 kalori sehari. Pemakanan seimbang sangat penting bagi ibu menyusu. Perbezaan diet perempuan yang menyusukan anak dengan yang tidak menyusukan adalah 500 kalori (jumlah yang besar).



Kualiti susu yang dihasilkan oleh ibu juga bergantung kepada pengambilan jenis makanan. Jumlah susu yang dihasilkan pula bergantung pada diet ibu. Makanan yang diserap oleh si ibu bukan hanya untuk kegunaan sendiri malah digunakan untuk penghasilan susu.

Diet Pemakanan yang bagus Untuk Ibu Menyusu
Tambah pengambilan air sehingga mencapai 2.5 hingga 3 liter air sehari. Elakkan minum air secara berlebihan. Cecair yang berlebihan dalam badan juga boleh mengurangkan pengeluaran susu. Cara kiraan keperluan kalori menggunakan cara sama tetapi ada penambahan 500 kalori tambahan. Sebagai contoh, jika memerlukan 2000 kalori, maka perlu tambah sehingga 2500 kalori.

Kebiasaanya, ibu menyusu suka dengan benda manis. Tukarkan ke menu sihat. Amalkan cara mudah diet yang bagus : 

40% karbohidrat, 40% protein dan 20% lemak yang baik. Seperti diet biasa, bahagikan kepada 6 hingga 8 menu sehari. Bagi menghasilkan susu yang teratur, pemakanan anda pun perlulah teratur.

Jauhi barangan tembakau. Nikotin yang ada didalam tembakau akan terus ke bayi melalui penyusuan. Jangan mengambil ubat tanpa rundingan dengan doktor terlebih dahulu. Kebanyakan antibiotik, ubat sulfa, ubat kimia dan produk yang mengandungi iodin adalah kontraindikasi apabila anda menyusui. Vitamin yang benar-benar kurang dalam perempuan mengandung adalah vitamin B9 dan ada sesetengah mungkin vitamin B6. Selain itu, asid folik juga penting. Asid folik boleh ditemui dalam makanan seperti asparagus, kubis, jagung, bayam dan lain-lain.

Tambah pengambilan zink sekurang-kurang 15 hingga 20 miligram sehari. Zink boleh didapati dalam makanan seperti telur, daging, gandum dan oat. Ambil 1200 miligram kalsium sehari. Kalsium boleh didapati daripada produk susu, sayur-sayuran, almond dan hazelnut.

Turun Berat Badan

Kajian mendapati bahawa ibu menyusu berpotensi untuk kehilangan sehingga 1.5 lbs berat badan dalam masa sebulan untuk 4 hingga 6 bulan penyusuan tanpa senaman jika mengamalkan pemakanan yang betul. 

Bagi mereka yang bertambah berat badan, ini adalah disebabkan disebabkan kecenderungan mengambil makanan manis berlebihan. Mereka yang merancang menurunkan berat badan dalam tempoh penyusuan tidak digalakkan turun terlalu cepat pada peringkat awal penyusuan (1 hingga 3 bulan pertama).


Ini adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh ibu menyusu. Hal ini terjadi atas beberapa sebab antaranya kendurnya otot payudara dan kurangnya pemakanan yang sihat oleh ibu sewaktu penyusuan dilakukan.

Bagi mengelakkan penyusutan saiz dan ketegangan payudara, anda perlu mengamalkan diet diet sihat dan memastikan menyeimbangkan penggunaan puting payudara (jangan bagi bayi hisap sebelah sahaja). Lakukan sedikit urutan dan jagaan yang betul dalam tempoh penyusuan.



No comments:

Post a Comment