Pages

Monday, June 10, 2013

Cara Masak Nasi Ayam

Hi dear, hari ini Sis nak share resepi nasi ayam yang mudah dan sedap. Nasi ayam adalah menu kegemaran kaum adam khususnya. Nasi ayam yang sedap diperbuat menggunakan resepi dan bahan-bahan yang sedikit lain daripada nasi ayam biasa.



Bergantung pada erapan ayam itu sendiri, Supnya, dan Nasinya. Kicap dan sos nasi ayam juga memainkan peranan penting dalam menetukan kesedapan nasi ayam kita.

Jom dapatkan resepi nasi ayam daripada sis. Sis da bahagikan bahagian2 menu untuk memudahkan you all masak.

Untuk Nasi Ayam
3 cawan beras
4½ cawan air
2 inci halia
4 ulas bawang putih
2 sudu besar planta
3 ketul kiub ayam
2 helai daun pandan (Untuk wangikan)


Cara
Panaskan air sebanyak 4½ cawan bersama 3 kiub ayam. Panaskan periuk kemudian cairkan planta. Tumiskan bawang putih dan halia. Setelah bau naik, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 6minit dengan api sederhana. Kemudian alihkan beras tadi kedalam rice cooker. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk rice cooker. Masukkan daun pandan dan biarkan ia masak.


Untuk Ayam pula.

1. Panggang Ayam dulu.

1 ekor ayam
1 biji limau nipis
1 biji bawang besar
Butter
Garam
Lada hitam

Bersihkan ayam. Potong dua limau nipis atau lemon. Potong dua bawang besar. Sumbatkan bawang dan lemon ke dalam badan ayam.

Kemudian sapu sedikit garam dan lada hitam di keseluruhan badan ayam. Selepas itu, lumurkan pulak dengan butter. Butter akan membuat ayam crispy.
Bakar guna suhu 200 darjah selama lebih kurang 1 jam.


Sambal
5 biji cili hidup
5 cili padi
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos cili
Garam


Cara
Kisar semua bahan diatas kecuali sos cili, bersama sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sos cili serta garam. Didihkan sampai pekat.


Kicap
4 sudu besar kicap manis
Beberapa titis minyak bijan
1 senduk air rebusan ayam (amik sup je)
1 sudu besar sos tiram

Campurkan semua bahan2.

Sup

Akan sis update kemudian. Hehe. Jangan lupa like dan share artikel ni ye. tq dear. One more, dapatkan set lengkap ye, menyesal kalau x pakai. 

Diadaptasi dari : Dapurkakjee

No comments:

Post a Comment