Pages

Friday, January 24, 2014

Cara Mengesan dan Mengetahui Produk Kosmetik Yang Merbahaya

Produk kosmetik sangat membantu manusia untuk nampak lebih cantik dan membersihkan wajah dari segala kotoran. Namun, anda perlu berhati – hati ketika menggunakan produk kosmetik kerana ramai pihak tidak bertanggungjawab suka mengambil kesempatan.




Di sebabkan keinginan seseorang manusia untuk tampil cantik adalah tinggi, ramai pihak cuba ambil kesempatan dan menjual produk kosmetik yang merbahaya dan merosakkan kulit.

Sebelum terlambat, saya senaraikan ciri – ciri produk kosmetik yang merbahaya dan merosakkan kulit.

Krim yang kelihatan berbutir dan kasar.

Jika anda lihat produk krim kosmetik yang anda ingin beli itu tidak menyatu dan nampak terlalu kasar, produk kosmetik itu adalah merbahaya dan boleh merosakkan kulit.

Anda rasa panas dan gatal apabila di sapukan pada atas kulit tangan.

Uji produk kosmetik dengan sapukan ia pada atas kulit tangan anda. Jika anda rasa panas dan gatal selepas sapu, ia adalah produk kosmetik yang merbahaya dan boleh merosakkan kulit.

Bau produk yang terlalu menyengat.

Produk yang di perbuat dari bahan kimia biasanya akan mempunyai bau yang sangat menyengat di mana anda akan rasa benci pada bau tersebut. Jika produk kosmetik yang anda ingin beli mengandungi bau yang terlalu menyengat, ia adalah produk kosmetik yang merbahaya dan boleh merosakkan kulit.

Warna produk yang tidak berkilat.

Ciri produk kosmetik yang merbahaya dan boleh merosakkan kulit yang seterusnya adalah produk kosmetik itu mempunyai warna produk yang tidak berkilat. Warna produk yang tidak berkilat adalah bukti produk tersebut menggunakan bahan pewarna yang tidak sesuai dengan produk kosmetik,

Mejanjikan sesuatu yang tidak masuk akal.

Jika produk kosmetik tersebut menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal seperti wajah akan putih selepas sehari anda gunakan produk tersebut, ia adalah petanda bahawa produk kosmetik itu menggunakan bahan yang merbahaya untuk kulit. Walaupun produk tersebut memberi kesan segera, ia akan beri kesan yang tidak elok pada jangka masa panjang.

Rasa pedih – pedih pada wajah apabila terkena cahaya matahari.

Produk kosmetik yang merbahaya dan merosakkan kulit akan menyingkirkan melanin dari wajah anda. Secara tidak langsung anda akan rasa pedih – pedih pada wajah apabila wajah anda terkena cahaya matahari.


Ruam – ruam merah muncul pada wajah.

Jika ruam – ruam merah muncul pada wajah anda selepas sahaja anda gunakan produk kosmetik itu, ia adalah tanda produk kosmetik yang anda gunakan itu adalah berbahaya.

Tip memilih produk kosmetik supaya anda tidak terbeli produk kosmetik yang merbahaya dan merosakkan kulit.


  • Baca setiap bahan di dalam produk kosmetik. Jika anda ragu – ragu pada sesuatu bahan, anda tanya kepada penjual produk kosmetik.
  • Sentiasa minta penjual untuk menunjukkan isi dalam produk kosmetik tersebut. Bandingkan isi produk kosmetik dengan ciri – ciri yang di senaraikan di atas. Jika tidak ada persamaan, ia adalah produk yang selamat untuk anda gunakan.
  • Cari cop kelulusan dari kementerian kesihatan. Jika anda jumpa cop tersebut, produk kosmetik tersebut bebas dari bahan kimia berbahaya.
  • Lakukan carian di google mengenai produk kosmetik yang anda ingin beli. Kadangkala ada produk berasal dari luar negara dan apabila anda lakukan carian di google, anda boleh baca sendiri maklumat berkaitan produk tersebut.


Di akhir artikel ini, saya nasihatkan anda untuk sentiasa mengambil jalan panjang ketika ingin membeli produk kosmetik. Jangan tergoda pada janji – janji penjual produk kosmetik. Pastikan produk yang anda beli adalah selamat dan tidak merbahaya dan merosakkan kulit.

Baca artikel ini, untuk semua wanita yang inginkan payudara mengancam. Cara Membesarkan Payudara


No comments:

Post a Comment