Pages

Tuesday, January 7, 2014

Petua Memutihkan Kulit Wajah

Wajah yang putih dan bersih adalah idaman semua manusia termasuklah lelaki. Untuk bantu anda memiliki wajah yang putih, berikut saya senaraikan beberapa petua memutihkan kulit wajah.

cara memutihkan wajah

Petua memutihkan kulit wajah yang pertama : Memakai masker dari buah – buahan

Buah mengandungi pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan wajah. Selain menyucikan wajah secara dalaman, buah – buahan juga mampu menyucikan wajah dari luar dan seterusnya memutihkan kulit wajah.

Antara masker buah – buahan yang sesuai anda gunakan adalah Masker buah lemon – Buah lemon dapat mengecilkan liang – liang roma pada wajah dan seterusnya akan merangsang pemutihan wajah. Caranya adalah dapatkan jus buah lemon. Kemudian sapukan jus tersebut pada wajah anda. Biarkan ia mengering sebelum anda membasuh wajah anda atau anda biarkan ia sehingga pagi jika anda sapukan ia pada wajah anda sebelum anda tidur.

Masker dengan buah tomato – Buah tomato adalah buah yang mampu memutihkan kulit wajah. Ini kerana buah tomato mengandungi vitamin C yang sangat banyak di mana vitamin C adalah antara agen pemutihan wajah. Cara untuk buat masker dari buah tomato adalah anda parutkan buah tomato sehingga ia hancur. Kemudian anda ambil jus lemon atau jus limau nipis dan titiskan pada buah tomato tersebut sebanyak lima hingga enam titis. Gaulkan. Sapukan pada wajah. Tunggu sehingga 15 minit sebelum anda basuh wajah anda.

Masker dengan buah kentang - Kentang mengandungi vitamin B kompleks di mana vitamin B kompleks adalah antara agen utama pemutihan wajah. Ambil satu buah kentang, haluskan biji kentang ini atau anda tumbuh buah kentang ini sehingga hancur. Ambil sesudu madu dan campurkan ia pada buah kentang yang hancur ini. Sapukan pada seluruh wajah anda. Biarkan ia di wajah anda selama 20 minit sebelum anda basuh wajah anda. Lakukannya pada setiap hari.

putihkan wajah petua

Petua memutihkan kulit wajah yang kedua : Bersihkan wajah secara konsisten.

Konsistensi adalah antara faktor utama yang boleh membantu anda untuk memiliki wajah yang bersih. Jika anda tidak bersihkan wajah anda secara teratur dan konsisten, wajah anda akan jadi kotor dan seterusnya akan nampak hitam.

Cara untuk bersihkan wajah secara konsisten adalah dengan

  • Membersihkan wajah dengan cara yang sama selama dua minggu sekurang – kurangnya sebelum anda ubah dengan cara yang lain. Jika anda selalu membersihkan wajah anda dengan berbagai cara dalam satu masa, anda tidak akan dapat hasilnya.
  • Bersihkan wajah pada setiap hari tanpa tertinggal satu hari pun. 

Petua memutihkan kulit wajah yang ketiga : Menggunakan khasiat yogurt, susu dan putih telur.



Berikut adalah cara memutihkan kulit wajah dengan putih telur.

1. Ambil putih telur.
2. Kocakkan putih telur sehingga berbuih.
3. Sapukan ia pada bintik – bintik hitam.
4. Lakukannya pada setiap hari.

Anda boleh sapukan putih telur di samping anda memutihkan kulit wajah dengan cara yang lain. Berikut pula adalah cara memutihkan kulit wajah dengan yogurt.

1. Ambil yogurt asli.
2. Campurkan dengan sesudu madu.
3. Gaulkan campuran yogurt dan madu.
4. Sapukan pada wajah anda.
5. Tunggu selama 10 minit.
6. Kemudian basuh wajah anda sebersih – bersihnya dengan air bersih.

Berikut adalah cara memutihkan kulit wajah dengan susu.

1. Celupkan kapas pada susu.
2. Kemudian sapukan kapas pada wajah.
3. Cara ini dapat singkirkan kulit mati pada wajah dan seterusnya memutihkan kulit wajah anda.

No comments:

Post a Comment